Iqbal ingin dating dengan Inspektor Sheila

KUALA LUMPUR— Diinspirasikan rasa sunyi, seorang usahawan sensasi menawarkan diri untuk menjadi kekasih kepada Inspektor Sheila.

Semuanya bermula selepas Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35 itu membuat hantaran di Facebook untuk mencari calon suami. 

Menerusi mStar Online Iqbal Zulkefli berkata, dia menawarkan diri untuk bertemu dengan Sheila kerana sudah lama rasa sunyi. 

“Bagi dekat sayalah. Boleh juga buat hilang sunyi,” coretnya di ruangan komen Instagram mStar Online pada perkongsian berita itu.

Tangkapan Layar Instagram MStar Online

Sebelum ini wanita tersebut menjadi viral di pelbagai pelantar media sosial berikutan tindakan menghina dan mengaibkan pegawai bahawan serta orang awam.

“Saya tertarik dengannya sejak nama dia viral selain membaca perkongsiannya di media sosial. 

“Memang ramai yang mengecam dia, saya sedih. Saya sukakan wanita yang garang…lagi garang, lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seoang yang manja,” katanya dilapor media arus perdana.

Walaupun terpalit dengan pelbagain tohmahan, Iqbal percaya wanita itu memiliki ciri-ciri kewanitaan yang memikat hatinya.

Iqbal membayangkan betapa indahnya hidup jika dapat berdampingan dengan Sheila.

Menurutnya, dia perlu perlukan ‘kegarangan’ Sheila untuk membimbingnya menjadi seorang yang lebih baik.

“Dia boleh marah jika saya nakal. Saya mahukan seorang wanita yang selalu berbisik di telinga saya dan siapkan kopi setiap pagi,” katanya.
Next Post Previous Post