Dua warga emas alami kecederaan, kereta dinaiki terbabas ke bahu jalan

BETONG: Dua warga emas lelaki dan wanita dalam lingkungan umur 60 tahun mengalami kecederaan selepas kereta model Perodua Iriz yang dinaiki kedua nya bersama dua lagi kanak-kanak perempuan berusia 2 dan 3 tahun hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan berhampiran stesen Petronas Layar Jalan Pan-Borneo petang tadi.

Menurut Jurucakap pasukan Bravo Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, sepasukan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima makluman berhubung insiden pada jam 5.20 petang.

Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah kereta yang terbabas ke bahu jalan di laluan terbabit.

"Pasukan Emrs bomba bertindak memberikan rawatan awal kepada seorang mangsa lelaki anggaran umur 60-an yang mengalami kecederaan dibahagian muka dan seorang lagi mangsa wanita juga dalam lingkungan umur 60-an yang mengadu sakit di bahagian pelvik.

Dua lagi mangsa iaitu dua kanak-kanak perempuan berusia 2 dan 3 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya dihantar ke Hospital Betong bagi diberikan rawatan susulan.

Gambar BBP Betong
Next Post Previous Post