Ada sesiapa yang ingin berkahwin dengan saya? - Inspektor Sheila cari lelaki single jadi pasangan
PETALING JAYA— Selepas menjadi viral berikutan video menghina dan mengaibkan pegawai bawahan serta orang awam, Inspektor Sheila sekali lagi menjadi menjadi tumpuan netizen di media sosial.
Dua hari lalu, Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35 membuat hantaran di Facebook untuk mempromosikan dirinya sedang mencari calon suami.
Menurut Inspektor Sheila di laman Facebooknya, dia sedang mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya asalkan bujang.
“Ada sesiapa yang ingin berkahwin dengan saya? Jangan lupa, tinggalkan pesanan anda di ruangan komen.
“Kita akan keluar berjanji temu terlebih dahulu untuk mengenali satu sama lain,” katanya mempelawa mana-mana individu yang sudi untuk keluar temu janji dengannya dan perlu menepati ciri-ciri yang ditetapkan olehnya.
“Selepas itu, kita boleh berjumpa ayah saya untuk memohon restu.
“Semua orang boleh mencuba. Jadi, tunggu apa lagi? Tulis ‘ya’ dalam ruangan komen sebelum 1 Julai ini,” katanya.
Sementara itu di ruangan komen, beberapa lelaki yang mahu mencuba nasib telah meninggalkan komen ‘ya’ di dalam hantaran itu.
Tidak kurang juga yang memuji kelantangan dan ketegasan wanita dan mendoakan wanita itu berjaya menemui kebahagian.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.