Abang Johari terima kunjungan hormat TPM
Zahid Dan Abang Jo, TPM Dan Premier Sarawak,
KUCHING— Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin.
Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid seterusnya menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Kemajuan Desa di Sarawak pada jam 11.30 pagi.
Beliau tiba di Pangkalan Udara TUDM Kuching pada jam 10.50 pagi Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Sarawak.
Sejurus tiba beliau bertolak ke Betong untuk menghadiri program Majlis Ngiling Tikai di Sri Aman dan Majlis Ngiling Tikai di Rumah Panjang Samu Ulu Paku Betong.
Gambar dan teks Jabatan Premier Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.