Abang Johari santuni penduduk Siburan

SIBURAN—Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyantuni penduduk di Siburan sambil membuat air tebu dan menyaksikan persembahan tarian tradisional Bidayuh.

Beliau bersama isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang tiba di Siburan New Township tengah hari tadi sempena Program Santai Bersama YAB Premier sempena Konvoi Kembara Sarawak Merdeka.

Ketibaan konvoi yang diketuai oleh Abang Johari di Serian disambut begitu meriah dengan tarian singa.

Sejurus itu, Abang Johari diiringi untuk menyaksikan dan melakukan sendiri proses membuat air tebu

Selesai jamuan minum, tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional Bidayuh iaitu “Rejang Be’uh” oleh kumpulan tarian Kampung Sinjok, persembahan Sape’ dan tarian ‘Leleng’ oleh Orang Ulu National Association (OUNA) dan ‘Bermukun’ oleh kumpulan Hadrah Kampung Lintang Baru.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) merangkap ADUN N.19 Mambong, Datuk Dr Jerip Susil ketika berucap pada program itu memberitahu, projek pembinaan Klinik Kesihatan Siburan yang baharu telah mencapai 95 peratus tahap fizikal pembinaannya dan dijangka dapat beroperasi penghujung tahun 2023.

Klinik itu kelak dijangka dapat memanfaatkan 60,000 hingga 70,000 pesakit di Siburan dan kawasan berdekatan.

Foto dan teks Jabatan Penerangan Sarawak
Next Post Previous Post