Abang Jo hadiri mesyuarat bincang kerjasama PRN 6 negeri

Gambar kredit FB Anwar Ibrahim

 KUALA LUMPUR -- Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berada di ibu negara untuk menghadiri Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, semalam (11 Julai).
 
Majlis dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC).

Anwar dalam hantaran di Facebook berkata, mesyuarat itu
bagi membincangkan perihal kerjasama dan gerak kerja menghadapi pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi. 

"Saya berpuashati dengan semangat dan kebersamaan dipamerkan semua pendukung kepimpinan nescaya mampu terus memberi kestabilan kepada kerajaan sedia ada," katanya dalam hantaran itu malam tadi.
 
Mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam, dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadilah Yusof serta Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Nor, selaku Presiden, Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN).
 
Turut hadir Menteri-menteri Persekutuan dan Presiden - Presiden dari Parti - parti yang berkenaan dalam gagasan Kerajaan Perpaduan.
Next Post Previous Post