Bendera itu basah menyebabkan ia berlipat, bukan koyak- DBKU

KUCHING--Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menafikan kenyataan dan video yang tular di media sosial mendakwa Bendera Sarawak Gergasi terletak berhampiran dengan Fort Margharita dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah rosak dan koyak.

Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan susulan isu tular tersebut, pihaknya telah ke lokasi tiang bendera gergasi untuk memeriksa keadaan bendera itu.

Jelasnya, bendera tersebut dalam keadaan basah dan telah menyebabkan ia berlipat dan kelihatan seperti telah rosak dan koyak.

Menurutnya lagi, Bendera Sarawak Gergasi tersebut telah dirancang untuk dipasang selama bertujuan untuk uji kaji bagi mengenalpasti arah tuju dan perubahan angin, kesesuaian mekanikal menaikkan bendera, kesesuaian bahan bina bendera.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.