Dua maut, dua parah, 4WD dinaiki hilang kawalan lalu terbalik ke dalam longkang

SARATOK: Dua maut manakala dua lagi parah selepas pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit besar tepi jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Jalan Berayang Saratok-Sarikei petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam satu kenyataan mengesahkan, dua yang maut di lokasi kejadian yang merupakan seorang lelaki dikenali sebagai Voon Kuet Pin, 55 dan wanita Wong Hung Ling, 41.

Dua lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah merupakan dua lelaki berusia 15 dan 33 tahun.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 4.06 petang.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kesemua mangsa didapati tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki dan ianya tidak melibat kerja-kerja mengeluarkan mangsa," ujanya.

Dua mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan hospital Saratok sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulan KKM dan jentera EMRS BBP Saratok.
Mayat kedua-dua mangsa yang meninggal dunia kemudiannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Gambar BBP Saratok
Next Post Previous Post