Mangsa lemas dipercayai dibaham buaya ditemui tanpa kepala dan tanpa kedua-dua belah kaki dan tangan
MIRI: Jasad seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Tinjar berhampiran Lubok Mulong Melugu Bakong ditemui terapung pada jarak 6 kilometer dari jarak mangsa dikhuartiri lemas pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mayat mangsa yang dikenali sebagai Agustin Ujang Steward, 13, dijumpai penduduk kampung pada jam 8.25 pagi tadi dalam keadaan tidak sempurna iaitu tanpa kepala dan kedua-dua belah tangan dan kaki mangsa.
"Pihak kita percaya mangsa dibaham buaya berdasarkan kesan gigitan yang terdapat pada tubuh mangsa termasuk kepalanya yang hilang," ujarnya.
Dengan penemuan mayat mangsa ini sekaligus menamatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang memasuki hari yang ketiga hari ini.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM bagi proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.
Setelah selesai, maka operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 12.10 tengah hari tadi.
Pada pagi Rabu lalu, mangsa disyaki lemas semasa mandi di Sungai Tinjar berhampiran Rumah Panjang Magdeline Lubok Mulong Melugu Bakong.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.