Premier Sarawak, TPM 'Ngabang Gawai Ke Rumah Datuk Amar Douglas Uggah'


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di kediamannya yang terletak di BDC Kuching malam tadi. 

Ketibaan Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tiba pada jam 8.05 malam dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari pada jam 8.15 malam telah disambut mesra oleh Datuk Amar Douglas Uggah dengan diiringi persembahan muzik tradisi dan tarian Ngajat.

Sementara itu, para pengunjung yang terdiri daripada berbilang kaum turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian masyarakat pelbagai kaum dan daripada kumpulan penyanyi jemputan. 

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki serta ADUN Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman. 

Sumber: Laporan Sarawakku dan Gambar Ihsan Office Of The Premier of Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.