Usahawan OKU Miri, rayu sokongan masyarakat untuk kembangkan perniagaan


MIRI - Tidak mahu perniagaannya ‘terkubur’ usahawan tempatan orang kurang upaya (OKU) fizikal, Mohd Sabrie Mohamad Brahim dari Kampung Bakam, Miri kini menjadikan kediamannya untuk mengusahakan makanan kering dan makanan basah.

Selepas jualan makanan keringnya suram di kedainya di Miri, beliau kini sedang menyiapkan pusat pemprosesan produk makanan kering dan basah berhampiran rumah.

“Demi mempercepatkan proses pengeluaran produk kami dan proses penghantaran kepada sahabat-sahabat, sedikit demi sedikit kami menyiapkan tempat pemprosesan ini di tepi rumah,”katanya kepada Borneo Network hari ini.

Mohd Sabrie berkata beliau mendapat bantuan dibawah program PERKESO yang menyediakan bantuan mesin-mesin untuk pemprosesan makanan.

“Bagaimanapun tempat tidak disediakan, jadi kami berusaha membina satu tempat pemprosesan ditepi rumah sahaja.

“Mana tahu rezeki dapat mesin-mesin ini, asbab mesin itu kami dapat menghasilkan pengeluaran produk dalam jumlah yang banyak dan menepati kehendak serta cepat sampai kepada pembeli,”katanya lagi.

Menurut beliau lagi tawaran yang diterima daripada PERKESO itu sudah lama tetapi mereka belum mempunyai tempat.

“Jadi kami ikhtiar buat tempat secara berperingkat, tempat pemprosesan sudah dibuat lama, tapi masih belum siap kerana kekangan kewangan.

“Ada rezeki sikit demi sikit kami buat kerana bajet ini adalah duit sendiri, ada pembeli, baharulah ada bajet,” luahnya.

Pada masa ini katanya kerja pembinaan tempat pemprosesan itu hanya tinggal bahagian bumbung dan cat saja dan akan diteruskan sekiranya ada bajet lebih.

“Moga Allah hadirkan insan-insan pemurah dan memborong jualan kami.

“Kami tak minta umpan, tapi kami mohon joran pancing, dengan joran pancing kami inilah digunakan untuk menyara anak-anak, ahli keluarga dan memberi khidmat berkualiti untuk masyarakat,”katanya lagi.

Katanya tempahan dibuka untuk:

Terubok Masin

🟢 Satu ekor 460gram (Harga: RM13)
🔴Popia Serunding Udang RM19
🔴Popia Nestum RM17
🔴Cornflakes Kacang Bersira RM18
🔴Peria Crispy(original/spicy)RM10

Whatsapp

http://www.wasap.my/60128087457.

INSYIRAHFAMILY

Maybank

561181109829
Next Post Previous Post