Timbalan Pengarah unit beruniform pula ditahan SPRM

KUCHING-- Seorang lagi penjawat awam yang memegang jawatan Timbalan Pengarah unit beruniform direman empat hari disyaki meminta suapan daripada sebuah syarikat sebagai balasan membantu syarikat berkenaan untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, timbalan pengarah berusia 44 tahun itu ditangkap sekitar jam 7.10 malam semalam.

"Penjawat awam terbabit ditahan disyaki secara rasuah telah meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM3,100.00 daripada sebuah syarikat sebagai balasan membantu syarikat berkenaan untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan," katanya.

Jelas SPRM, berikutan penahanan itu pihaknya telah memohon timbalan pengarah terbabit direman.

Sehubungan itu, Majistret Zaiton Anuar membenarkan permohonan reman tersebut selama empat hari sehingga 17 Mei 2023.

Terdahlu SPRM telah menahan dua anggota beruniform kerana disyaki menerima wang suapan berjumlah kira-kira RM18,000 daripada pemilik sebuah syarikat yang mengendalikan kerja-kerja menyediakan kemudahan berkaitan elektrik dan bumbung di sebuah bangunan di Sarawak.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia dalam linkungan 30-an dan 50-an itu ditahan kira-kira jam 11 malam semalam di Pejabat SPRM Kuching ketika hadir memberi keterangan.

Sumber berkata kedua-dua suspek yang juga penjawat awam dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. 

Beliau berkata, kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas kenyataan suspek direkodkan oleh pegawai SPRM.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.