Tiada keperluan wujudkan kementerian Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mewujudkan Kementerian Khas Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Malaysia Gazette melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tindakan itu akan mengakibatkan berlakunya pertindihan fungsi dan bakal menjejaskan usaha penurunan kuasa.

“Kalau tanya saya pastinya saya inginkan kementerian sendiri untuk Sabah dan Sarawak tapi lebih wajar kita beri fokus dan komitmen sepenuhnya kepada untuk kita selesaikan isu tertangguh berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerana itu asas dan mandat penubuhannya.

“Kita perlu lihat semangat prinsip MA63 itu untuk beri kuasa kepada Sabah dan Sarawak. Jadi setakat ini kita perlu menjunjung prinsip itu tanpa perlu mewujudkan kementerian khusus yang akhirnya kelak mungkin bukan hanya menyebabkan pertindihan di peringkat persekutuan tapi menjejaskan usaha menurunkan kuasa.

“Biarlah Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BESS) berfungsi sebagai sekrateriat di antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak tanpa perlu mengganggu gugat fungsi-fungsi di setiap kementerian,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Foi (GRS).
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.