Premier : Pendidikan IPT Percuma menjelang 2030
KUCHING, 25 Mei -- Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg Berkongsi visinya untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada rakyat Sarawak menjelang tahun 2030.
"Saya ingin berkongsi mengenai sasaran saya sebelum 2030, kita mahu mendapatkan pendidikan tinggi percuma kepada warga Sarawak," katanya.
Beliau berkata, sasaran bercita-cita tinggi ini bertujuan untuk mengikuti jejak langkah negara seperti Jerman dan negara Scandinavia, yang mengutamakan pendidikan sebagai cara pembangunan bakat dan peningkatan sumber.
“Kemudian saya berharap dengan pendapatan ini, kita mengikuti Jerman serta negara-negara Scandinavia. Mereka menekankan pendidikan, yang bermaksud pembangunan bakat. Sebaik sahaja kita mendapat bakat itu, barulah kita boleh menambah nilai kepada sumber kita," tambahnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Malam Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Hotel Pullman, di sini.
Turut hadir Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Prof. Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta Menteri dan Timbalan Menteri lain.
-Sarawakku
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.