Steven Sim hadiah tiket umrah buat bekas guru darjah 1

KUCHING-- Timbalan Menteri Kewangan II Steven  Sim Chee Keong menghadiahkan tiket menunaikan umrah kepada bekas guru kelas darjah 1.

Beliau dalam hantaran di Facebooknya berkata, ia sebagai tanda penghargaannya terhadap bekas gurunya itu kerana telah mendidiknya sehingga mampu menguasai Bahasa Melayu.



"Jika hari ini saya mampu menguasai Bahasa Melayu, menulis buku puisi, mengarang buku tentang Hikayat Hang Tuah, semuanya adalah jasa Cikgu Zaniyah😊.

"Dialah pembuka pintu ilmu dalam hidup saya. Dengan penuh sabar dan berdedikasi, Cikgu Zaniyah mengajar saya yang serba daif ini berbahasa Melayu ketika di darjah 1, Sekolah Rendah Kebangsaan Stowell. Dia guru darjah kami di kelas 1S. 

"Hari ini saya tunaikan janji serahkan 2 tiket bernilai RM20,000 kepada Cikgu Zaniyah dan suaminya Pak Johari untuk mengerjakan umrah," katanya.

Tambah Sim, pasangan itu telah memilih untuk pergi menunaikah ibadah umrah pada bulan Ogos nanti. 

"Terima kasih Cikgu kerana beri peluang kepada anakanda membalas jasa yang tidak terbalas itu.

"Esok Hari Guru, saya harap adik-adik yang masih belajar akan menyatakan setinggi-tinggi penghargaan yang guru-guru kita," ujarnya.


Next Post Previous Post