Seorang maut, seorang parah, van langgar pokok
SIBU--Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas van dipandu melanggar pokok di Jalan Salim Stabau, Sibujaya di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Fung Tuck Fook.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 3.30 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sibujaya ke lokasi kejadian.
"Kemalangan kendiri melibatkan sebuah Van jenis Toyota Lite Ace yang melanggar pokok.
"Terdapat dua mangsa seorang darinya tidak tersepit tetapi mengalami kecederaan parah telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa tersepit telah dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.
"Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.
Katanya, setelah membuat kerja-kerja pembersihan serpihan kemalangan dan mendapati keadaan selamat, pasukan bomba bergerak balik ke balai.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.