Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis ke 216 peringkat ibu pejabat polis daerah Kuching bertempat di tingkat 2, The Spring, Kuching.

150 orang pegawai kanan dan anggota polis menjayakan program itu.

75 orang penderma telah tampil untuk menderma darah secara sukarela hanya 50 orang yang berjaya menderma darah hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Anak Lisa.

Turut hadir bersama Ketua Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah, Hospital Umum Sarawak, Dr Mohammad Masrin Md Zahrin dan Pengurus The Spring Mall, Datin Christine Ling.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.