Dapat penumpang dari alam ghaib?

KUCHING-- "Ada yang kata ia sekadar 'content' semata-mata tetapi kejadian ini adalah benar," kata seorang pemandu e-hailing yang mendakwa menerima penumpang "jin" lewat malam semalam. 

Beliau menerusi akaun Facebooknya Ahsan Ismail berkongsi detik-detik seram yang pertama kali ditempuhinya sejak menjadi pemandu e-hailing. 

"Alhamdulilah, pengalaman paling berharga selama saya bawa e-hailing, dapat pesanan dari Samarahan untuk dihantar ke tempat itu, seorang perempuan berbaju kurung dan berbau wangi 

"Memang tidak syak apa-apa dari mula masuk kereta dia meminta untuk buka cermin... mujur hujan tidak lebat dan itu sahaja yang keluar dari mulut perempuan tersebut. 

"Sampai saja di tempat ditujui saya memaklumkan kepadanya bahawa sudah sampai dan sekali saya toleh ke belakang dia sudah tiada lagi," katanya dalam hantaran itu. 

Tambahnya, pelanggan perempuan itu turut meninggalkan beberapa wang kertas lama dan siling 5 sen. 

"Tuhan saja yang tahu rasa ketika itu tetapi tak apa kerana ini adalah pengalaman berharga seumur hidup saya," jelasnya. 

Berikutan hantarannya itu, ia mendapat perkongsian lebih 13,000 dan hantaran kedua berkaitan perkara sama turut dikongsi sebanyak 2,200 kali. 

"Banyak yang kata content semata-mata. Terima Kasih semua, pengalaman ini biar disimpan sampai ke mati. 

"Tetapi hanya nak bagitahu sebenarnya kisah ini adalah benar atau tidak, semua sejarah ada dalam aplikasi dan siapa-siapa pemandu e-hailing atau p-hailing tahu benda ini tidak dapat dibohong," tegasnya. 

Selain itu, katanya, ada juga segelintir memberitahu ia hanya pemasaran, namun terpulanglah pada pandangan masing-masing. 

"Ada yang mahir dalam perkara alam ghaib ini mengakui ia adalah perbuatan jin. Alam jin seribu kali canggih dari alam kita kata mereka yang mahir. 

"Apa-apa pun terima kasih kerana ambil berat. Kejadian ini semua kehendak-Nya, Kebetulan saya tengah mencari rezeki," ujarnya lagi.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.