Fenomena cuaca panas: Murid, guru, anggota pelaksana boleh guna pakaian sukan

KUCHING-- Para murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian sukan semasa cuaca panas ini.

Perkara ini dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Dr. Norisah binti Suhaili dalam satu surat maklum yang dikeluarkan untuk semua pihak terlibat.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang melanda negara. 

"Fenomena ini merupakan keragaman iklim (climax viability) yang berlaku secara tidak tetap (irregular). 

"Keadaan cuaca panas yang berlaku boleh mencetuskan gelombang haba (heatwave) yang memudaratkan kesihatan seperti hipertemia atau strok haba dan hidrasi.

"Sehubungan dengan itu, mengambil kira keadaan semasa cuaca panas dan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan, KPM bersetuju memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian/baju sukan yang sopan semasa cuaca panas. Kebenaran khas ini tidak membebankan murid dan ibu bapa kerana murid mempunyai pakaian/baju sukan masing-masing," katanya dipetik dalam surat berkenaan.

Pada masa sama, beliau mengingatkan pengetua dan guru besar bawah pentadbiran masing-masing supaya sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana.

Gambar kredit SK Kampung Jawa Segamat
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.