Premier, TYT santuni diaspora Sarawak di London

LONDON, Isnin: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg malam tadi menghadiri majlis makan malam dengan kehadiran rakyat Sarawak yang belajar dan bekerja di sini.
 
Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.
 
Abang Jo diiringi isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang tiba di sini pada malam Jumaat untuk menghadiri pelancaran pameran kraf Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan pelancaran Pusat Pengajian Islam Oxford dan perasmian "Sarawak Wing" di Universiti Oxford.
 
Sebagai sebahagian daripada program makan malam, Premier menjawab kemusykilan para pelajar semasa sesi Soal Jawab dengan persoalan daripada ekonomi digital kepada ekonomi hidrogen kepada syarikat penerbangan butik Sarawak yang dicadangkan dan kepada tenaga boleh diperbaharui.
 
Majlis makan malam itu dianjurkan Yayasan Sarawak melalui Rumah Sarawak, di sini.
 
Antara yang hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II (Utiliti), Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi,  Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I (Pendidikan dan Inovasi), Datuk Dr Annuar Bin Rapaee, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Dato' Zakri Jaafar, Timbalan Menteri di Pejabat Premier, Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Syed Aman Ghazali, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier, Fazzruddin bin Abdul Rahman.
Next Post Previous Post