Lelaki cedera kenderaan 4WD terlibat kemalangan di Jalan Saratok Roban

KUCHING-- Seorang lelaki cedera selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandunya terlibat kemalangan di Jalan Saratok Roban berhampiran Rumah Panjang TingTing Gereja Sungai Klampai di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 5.13 petang dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi.

"Komander Operasi melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan 4WD yang datang dari arah Sarikei ke Ssaratok dalam keadaan mengiring di tengah jalan raya. 

"Terdapat seorang mangsa lelaki cedera telah berjaya keluar dari kenderaan tersebut sebelum pasukan Bomba sampai di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pasukan EMRS membuat rawatan awal dan seterusnya menghantar mangsa ke Hospital Saratok untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 

Katanya lagi, setelah membuat kerja-kerja pembersihan sepihan kemalangan dan mendapati keadaan selamat, pasukan bomba bergerak balik ke balai.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.