Ancaman jerebu kemarau, Bomba guna helikopter Mi-17 bom air padam kebakaran hutan


KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan menggunakan kaedah ‘pengeboman air’ dengan helikopter bagi memadamkan kebakaran hutan ketika cuaca panas.

Pengarahnya, Datu Khirudin Drahman@Hussaini berkata, helikopter Mi-17 yang besar milik jabatan itu berpangkalan di Miri juga sudah melakukan beberapa siri simulasi pengeboman air sebagai persiapan.


"Bakul (helikopter) terbabit, kita boleh membuang air lebih kurang 2,000 liter sekali (pengeboman air),"katanya pada sidang media selepas Program Bank Simpanan Nasional (BSN) Care 2023 Kesedaran Kebakaran di Ibupejabat JBPM Sarawak, Jalan Setia Raja, di sini.

Khirudin berkata, helikopter terbabit juga berpangkalan di Miri kerana berdasarkan rekod pihaknya kebanyakan kebakaran hutan dan tanah gambut di negeri ini berlaku di Miri.

Menurutnya, bagi mengesan kebakaran hutan di negeri ini pula, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Naim Group memiliki pesawat dron terma yang boleh terbang dua jam sekali termasuk waktu malam.

"Sekarang arahan (Timbalan Premier Sarawak), Dato Amar Douglas Uggah, kesan sahaja (kebakaran hutan) terus buat tindakan (pemadaman)," katanya. 

Sumber: Laporan Jiwa Bakti. 
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.