Empat ditahan bergaduh di tempat awam

SIBU: Polis menahan dua mahasiswa dan dua pelajar pelajar sekolah menengah kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan di tempat awam pada hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, kesemua individu yang ditahan berusia antara 14 hingga 19 tahun.

Mangsa membuat laporan dia telah dipukul oleh beberapa pelajar sekolah di kawasan parkir kereta di Jalan Intan di sini.

Siasatan yang dijalankan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu selama dua jam telah membawa kepada penangkapan dua pelajar sekolah dan dua pelajar universiti yang disyaki terlibat dalam pergaduhan itu, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Video pergaduhan tersebut yang berdurasi 50 saat turut disebar dan menjadi tular di laman sosial.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan sebarang video yang boleh mengganggu keharmonian dan ketenteraman awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.