OP Hire 2.0: Seorang individu ditahan reman kemuka butir matan palsu Program Penjana di Kedah
SUNGAI PETANI -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang individu kerana disyaki mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kepada PERKESO berjumlah kira-kira RM610,000 dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) bagi melaksanakan program insentif pengambilan pekerja sedangkan program tidak dilaksanakan.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 37 tahun itu dipercayai ditahan di Pejabat SPRM Sungai Petani, Kedah kira-kira jam 5.00 petang semalam ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.
Sumber berkata, suspek merupakan pengurus syarikat pengeluaran makanan berasaskan pertanian dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu kira-kira lebih RM610,000 pada tahun 2020 sehingga 2021.
Suspek dihadapkan di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada pagi ini dan Majistret Noor Fazlina Musa membenarkan permohonan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 21 Mei 2023.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.