APM bantu lelaki tertusuk paku di kaki

LIMBANG— Seorang lelaki cedera di kaki kirinya akibat tertusuk paku ketika menebas rumput di sini pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang kemudian bertindak membantu menghantar pekerja am berusia 52 tahun itu ke Hospital Limbang bagi mendapatkan rawatan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, tiga anggota membabitkan sebuah ambulans APM Limbang bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung insiden itu pada jam 10.20 pagi.

“Mangsa sedang melakukan kerja menebas rumput sebelum tertusuk paku berkenaan.

"Pasukan kita membuat pemeriksaan dan rawatan awalan terhadap mangsa,” katanya kepada Borneo Network.

Katanya, pasukan bertindak menghantar mangsa ke Hospital Limbang dan operasi ditamatkan pada jam 10.35 pagi.

Gambar ihsan APM Limbang.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.