Ahli Perniagaan Ditangkap Kerana Rasuah Di Miri

KUCHING-- Seorang ahli perniagaan ditangkap semalam disyaki telah memberi wang rasuah bagi mengeluarkan laporan kesihatan di Klinik Swasta.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata suspek yang berusia 43 tahun itu ditangkap sekitar jam 3.30 petang di Pejabat Seruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) cawangan Miri.

"Suspek ditangkap kerana disyaki telah memberi wang rasuah bagi mengeluarkan laporan kesihatan di Klinik Swasta yang mana dua warga asing tersebut masih berada di Depot Tahanan Imigresen Bekenu,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya,permohonan reman akan di buat ke atas suspek hari ini di Mahkamah Majistret Miri.

Tegasnya,kes disiasat di bawah 
Seksyen 16(b) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.