Tragedi hari kedua Aidilfitri, kanak-kanak perempuan lemas jatuh sungai

BINTULU--Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas jatuh sungai di belakang kilang Casmore Sungai Plan, Kidurong di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Gwenna Dhollen Richard.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.39 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.

"Operasi pencarian dilakukan dengan kaedah pencarian di permukaan air di lokasi mangsa dikatakan jatuh.

"Mangsa telah dijumpai pada jam 4.12 petang ini dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah dibawa oleh pihak polis ke hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya.
Next Post Previous Post