Lelaki hilang 5 hari lalu ditemukan selamat

MIRI — Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar ke tandas di sebuah kem pembalakan Layun di Sungai Patah, Baram, Selasa lepas ditemukan selamat pada jarak 10 kilometer dari pondok kediaman di tepi jalan besar, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Leonard Ulok, 45, ditemukan oleh pekerja (mandur) kem Layun pada jam 9 pagi.

“Mangsa telah dihantar ke Klinik Long Lama bagi tujuan pemeriksan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 18 April lepas, Leonard disedari hilang oleh rakan sekerja mangsa pada jam 1 petang

Mangsa dikatakan keluar hendak ke tandas yang jaraknya labih kurang 50 meter dari tempat tinggal namun mangsa tidak kembali. 

“Usaha mencari mangsa telah dilakukan oleh rakan sekerja namun gagal menjumpai mangsa sehinggalah laporan polis dibuat pada semalam sekitar jam 2.13 petang.”

“Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi yang menerima panggilan terus dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi berhubung kejadian orang hilang kemudian menggerakkan keanggotaan dan aset,” katanya.

📸 Bomba Sarawak
Next Post Previous Post