Sindiket judi, 100 operator ditangkap

KUCHING— Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak melakukan 100 serbuan membanteras kegiatan perjudian atas talian di sekitar Padawan menerusi Op Dadu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, seramai 100 tangkapan dibuat dalam serbuan ini melibatkan 68 lelaki dan 32 wanita. 

Selain itu, katanya, sebanyak 101 unit telefon pintar, tablet dirampas termasuk wang tunai RM17,621. 

Beliau menambah dalam Op Dadu semalam, sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian di kawasan Kuching City Mall. 

“Dalam serbuan itu seramai lima individu termasuk empat lelaki dan seorang wanita warganegara asing berusia lingkungan 19 hingga 26 tahun ditahan.” 

“Kesemua suspek adalah operator pengendalian perjudian atas talian yang dibayar gaji RM1,500 untuk mempromosi kegiatan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Azman menambah, suspek akan membuat iklan perjudian melalui panggilan telefon selain menggunakan aplikasi laman sosial seperti Whatsapp, Telegram, WeChat dan Facebook. 

Katanya, siasatan awal pusat perjudian tersebut beroperasi mengikut syif dalam tempoh 24 jam dalam tempoh dua bulan.

“Berdasarkan rekod dan transaksi pusat itu dipercayai mengaut keuntungan kasar mencecah RM30,000 sebulan. Polis kini sedang mengesan pemilik premis tersebut,” katanya.  

Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai peralatan termasuk dua unit komputer, telefon pintar, modem Wifi dan monitor CCTV untuk menjalankan kegiatan judi atas talian. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 serta penjara selama tidak lebih tiga tahun. Selain itu tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas,” katanya. 

Kesemua suspek direman di Mahkamah Kuching hari ini.

Katanya, Op Dadu tersebut dilancarkan sejak 2 April hingga 2 Mei bagi membanteras kegiatan perjudian di negeri ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menghubungi Whatsapp Op Dadu di talian 013-5253052.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.