Lelaki maut, kereta terjunam dalam lubang pembentung

SANDAKAN — Seorang lelaki berusia 52 tahun, maut dalam kemalangan di Jalan Lintas Utara Batu 3, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, yang mengesahkan kemalangan itu berkata, lelaki itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

“Siasatan awal mendapati, sebelum kemalangan mangsa yang memandu kenderaan jenis Perodua Viva dari arah Batu 4 menghala ke pusat bandar Sandakan.

“Apabila tiba di lokasi kemalangan, mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan merempuh beberapa plastik dan konkrit halangan yang disediakan pihak kontraktor pembinaan lalu terjunam ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan di bahu jalan.”

“Impak daripada kemalangan ini, pemandu meninggal di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan kes kemalangan diklasifikasikan dibawah Sek. 41 (1) / 85 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan peka pada pada tanda/isyarat kerja kerja pembinaan yang sedang dijalankan, bagi mengelakkan berlakunya kemalangan terutamanya di musim perayaan yang bakal menjelma.
Next Post Previous Post