Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terbaring di kaki lima

SIBU--Mayat seorang lelaki ditemukan mati terbaring di kaki lima terminal jeti ekspres Jalan Khoo Peng Long di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, Balai Polis Sentral Sibu menerima laporan berhubung kes itu daripada orang awam pada jam 10.44 pagi.

"Siasatan di lokasi kejadian dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu menemukan mayat lelaki tidak berbaju tanpa identiti berumur lingkungan 50 ke 60 tahun.

"Tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat telah dihantar ke Hospital Umum Sibu untuk tindakan lanjut, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut(SDR).
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.