28 kubur Iban di Pulau Keladi diceroboh


SIBU--Sebanyak 28 kubur masyarakat Iban tanah perkuburan Pulau Keladi di sini diceroboh.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporang berhubung kes itu daripada Tuai Rumah Tanjung Latap pada jam 9.30 pagi, 7 April lalu.

"Pasukan Siasatan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu telah ke lokasi kejadian dan mendapati sebanyak 28 kubur diceroboh.

"Sehingga kini, polis masih giat me jalankan risikan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan.

"Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Sarjan Mohd Fairrul Nor ditalian 017-3315589," katanya.
Next Post Previous Post