Lampu isyarat di bulatan INTAN beroperasi hari ini

KUCHING-- Lampu isyarat di bulatan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) akan beroperasi hari ini (15 April), kata Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos.

Dengan beroperasinya lampu isyarat di bulatan tersebut, katanya ia sudah tentu dapat mengurangkan kesesakan trafik di laluan berkenaan sekali gus mengurangkan kegusaran pengguna jalan raya di laluan berkenaan yang sering berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas.

"Lampu isyarat di laluan bulatan Tabuan Tranquility dan Stutong sudah beroperasi dan diikuti lampu isyarat di bulatan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang mula beroperasi pada 15 April ini (hari ini). 

"Dengan operasinya lampu isyawat ini akan dapat mengurangkan kesesakan trafik di laluan tersebut dan memberi keselesaan serta kelegaan kepada pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan selepas taklimat bersama ahli-ahli majlis baharu MPKS sebuah hotel di sini pada Khamis.

Jelas Minos, kerja-kerja pemasangan lampu isyarat di kesemua lima bulatan di Kuching-Samarahan Expressway dijangka siap sebelum November depan. 

"Pemasangan lampu isyarat itu akan memberi kelegaan kepada pengguna yang berdepan kesesakan trafik setiap hari. 

"Kita bertuah kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) sangat serius dalam usaha menyelesaikan masalah kesesakan trafik ini," jelasnya lagi.
Next Post Previous Post