Maut langgar pokok

MIRI-- Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandu melanggar pokok di hadapan Food Court Pujut 7 di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Chew Tze Lim, 67.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 
12.09 tengah malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

"Setibanya dilokasi kejadian didapati berlakunya kemalangan kendiri sebuah kenderaan Proton Saga BLM melanggar sebatang pokok. 

"Terdapat seorang mangsa masih berada di dalam kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan yang dilakukan 
mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan tidak tersepit. 

"Pihak bomba mengeluarkan mangsa di bahagian pemandu sehingga berjaya dengan menggunakan peralatan khas pengusung.

"Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan selanjutnya dan disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi," katanya.

Katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Next Post Previous Post