Lelaki temui ajal di tanah perkuburan
BINTANGOR-- Mayat seorang lelaki ditemukan penduduk di kawasan Tanah Perkuburan Cina Jalan Kelupu di sini, sekitar jam 10 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, berdasarkan siasatan lelaki itu dipercayai baharu meninggal dunia dalam tempoh tiga hingga empat jam.
"Identiti mangsa berbangsa Cina berasal dari Sibu berdasarkan penemuan kad kesihatan dan kad pengenalan diri yang dijumpai di dalam beg sandang miliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.
"Ahli keluarga lelaki itu juga telah dihubungi untuk tujuan pengesahan.
"Sehubungan itu, kita menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan penemuan mayat ini memandangkan kes masih dalam siasatan," tegasnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.