PPM Sibu rampas minyak diesel seludup RM231,200
SIBU-- Pasukan Polis Marin Sibu menahan
seorang lelaki yang membawa muatan minyak diesel seludup sebanyak 16,000 liter dalam tugas Op Taring Kontraban, semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan kerana dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada jam 10 pagi.
"Dalam operasi ini anggota polis telah menahan dan memeriksa sebuah lori tangki yang berada dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan lori tangki minyak berwarna putih kelabu ini membawa muatan minyak tanpa sebarang dokumen," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM231,200.
"Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," tegasnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.