Empat warga Brunei terlibat kemalangan kendiri di Permy Jaya Miri lewat malam tadi

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan media berkata kemalangan kendiri itu melibatkan sebuah kereta jenis Suzuki milik warga Brunei.

"Terdapat empat orang mangsa yang menaiki kenderaan tersebut , dua orang mangsa telah di keluarkan oleh orang awam manakala dua orang lagi mangsa masih terperangkap di dalam kenderaan tersebut."

Pasukan penyelamat Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) Sarawak bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan stretcher dan tidak mengunakan peralatan khas rescue tool kerana mangsa yang terperangkap dalam keadaan tidak tersepit .

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan KKM untuk rawatan lanjut.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulan KKM dan jentera EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak 

*EMRS - Emergency Medical Response Service
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.