Warga emas terperangkap dalam kereta hampir 10 minit diselamatkan
SARIKEI: Seorang warga emas lelaki berusia 66 tahun nyaris pengsan selepas terperangkap dalam kereta miliknya di Lorong 53 Jelutong Barat tengah hari tadi.
Jurucakap Pasukan Charlie BBP Sarikei dalam kemyataan yang dikeluarkan berkata, orang awam yang turut berada di kawasan berkenaan segera menghubungi talian kecemasan bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa.
Sampai di lokasi pada jam 12.51 tengah hari, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan membuka pintu kereta menggunakan mini air bag.
"Setelah berjaya mengeluarkan mangsa, pasukan EMRS segera memberikan rawatan awal buat mangsa yang berada dalam keadaan separa sedar sebelum menyerahkannya kepada pegawai perubatan untuk diberikan rawatan lanjut ke hospital.
Selepas keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.
Gambar BBP Sarikei
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.