Tiga premis makanan kotor dan gagal penuhi spesifikasi kebersihan ditetapkan dikenakan dikompaun RM15, 400


BINTULU: Tiga premis makanan di daerah Bintulu diarah tutup serta dikenakan kompaun sebanyak RM15, 400 kerana didapati kotor serta gagal memenuhi spesifikasi kebersihan yang ditetapkan.

Pejabat Kesihatan Bintulu dalam kenyataannya hari ini berkata, dalam satu operasi yan dijalankan selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Mac, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan kerjasama daripada pasukan penguatkuasa daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis makanan sekitar Bintulu dan mendapati tiga daripadanya berada dalam keadaan kotor.

Justeru, ketiga premis telah diarahkan untuk tutup dan 18 notis mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan. 

Hasil nilai kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM 15,400.

Antara objektif utama operasi dijalankan ialah bagi memastikan premis makanan mematuhi aspek kebersihan dan amalan pegendalian makanan yang baik.

Dalam masa sama, semua pengusaha premis makanan diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan kebersihan makanan pada setiap masa bagi mengekalkan kebersihan premis dan keselamatan makanan.

Pertanyaan atau kemusykilan berhubung keselamatan makanan boleh dirujuk pada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu di talian 086-858200.

Gambar Pejabat Kesihatan Bintulu
Next Post Previous Post