Warga emas lelaki hilang 12 hari di ladang sawit ditemukan mati
KUCHING--Seorang warga emas lelaki yang dikhuatiri hilang di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Taie Serian pada 9 Mac lepas ditemukan mati di kawasan bawah bukit kawasan kebun berkenaan hari ini.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Nipol Rantai, 73, yang masih lengkap berpakaian ditemui oleh pekerja ladang sawit pada jarak 4 km dari rumah mangsa.
Komander operasi yang turut serta dalam usaha SAR kemudiannya memaklumkan bahawa sememangnya terdapat mayat mangsa berada di bawah bukit dalam kawasan kebun sawit.
Mayat tersebut merupakan mayat mangsa yang dilaporkan hilang pada 9 Mac lepas melalui proses pengecam yang dibuat oleh anak mangsa melalui pakaian yang dipakainya.
Mayat mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam beg mayat dan diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.