Warga emas dikhuatiri sesat di kawasan kebun rumbia


Gambar PGO Sarawak

MUKAH: Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun dikhuatiri hilang di kawasan kebun rumbia berhampiran Sungai Penakub Kampung Sesok sejak awal pagi semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Esang Pusoon dikatakan keluar ke kawasan kebun rumbia seawal jam 8 pagi semalam dan tidak pulang ke rumah sampai sekarang.

"Maklumat yang diperoleh dari anak mangsa memberitahu bahawa mangsa kebiasaannya akan pulang ke rumah pada waktu petang selepas seharian di kebun, namun beliau tidak balik meskipun hari sudah beransur gelap," ujarnya.

Pengadu yang merupakan anak mangsa yang risau akan keselamatan mangsa seterusnya berusaha untuk mencari dan mengesan bapanya tetapi gagal sehinggalah laporan Polis dibuat pada hari ini.


Gambar PGO Sarawak

Pihak Polis kemudiannya bertindak menghubungi pasukan bomba memohon khidmat khas mencari mangsa.

Pasukan bomba dengan bantuan penduduk kampung kemudiannya memulakan operasi SAR pencarian disekitar kawasan kebun kawasan rumbia berdekatan Sungai Penakup Kampung Sesok. 

Pasukan SAR hari ini dibahagikan kepada dua pasukan dengan kaedah pencarian secara 'base line method' dengan anggaran radius 1000 sehingga 2000 meter mangsa dikhuatiri hilang.

Next Post Previous Post