1/3 Tender SMK Sebuyau dibuka Jun 2023
KUALA LUMPUR: Projek pembinaan gantian penuh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) Rancangan Boleh Pinda 1 tahun 2016 kini berada pada peringkat penyediaan reka bentuk.
Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek berkata, skop projek itu meliputi pembinaan 36 bilik darjah, asrama untuk 500 pelajar dan kemudahan lain dengan kos berjumlah RM95,764,300 dan tempoh pembinaan selama 36 bulan.
Terdapat keperluan untuk mengubah reka bentuk projek berkenaan kepada reka bentuk seismik selaras dengan Peta Zon Bencana Seismik Malaysia Bagi Pengurusan Bencana yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli pada persidangan Dewan Rakyat.
"Ini menyebabkan berlaku peningkatan kos. Permohonan peningkatan kos ini akan diteruskan kepada Kementerian Ekonomi untuk kelulusan dan projek ini dijangka ditender pada awal Jun 2023.
"KPM komited dalam menyediakan infrastruktur yang selamat termasuk memastikan reka bentuk bangunan adalah selamat dan menepati skop pembinaan," ujarnya.
Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha menyediakan kemudahan pendidikan yang sempurna dan kondusif bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kredit Foto Dan Teks Jiwa Bakti
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.