Wanita warga emas hilang ditemukan selamat
KANOWIT--Wanita warga emas yang hilang di rumah Anggan, Nanga Kabah di sini, semalam ditemukan selamat hari ini.
Ebai ak Bandan,80, yang mempunyai sakit nyanyuk dan parkinson disedari hilang di belakang rumah pada jam 12.45 tengah hari.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam
1.51 tengah hari tadi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kanowit ke lokasi kejadian.
"Keluarga mangsa dan penduduk kampung keluar cuba mencari mangsa sekitar dua kilometer dari kawasan kejadian namun gagal dijumpai.
"Pada jam 3.32 petang operasi SAR telah digerakkan bersama pihak polis dan pihak bomba dan penduduk kampung yang dipecahkan kepada dua kumpulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pada jam 3.45 petang pasukan mencari dan menyelamat telah menjumpai mangsa di ulu sungai dalam keadaan selamat namun lemah.
"Mangsa dalam keadaan lemah dan tidak mengalami kecederaan. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
"Dengan penemuan mangsa tersebut operasi ditamatkan pada jam 4.30 petang," ujarnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.