Tiang penyedia telekomunikasi SACOFA terbakar

KUCHING-- Tiang penyedia telekomunikasi SACOFA dekat rumah asap di Jalan Datuk Stephen Yong terbakar malam tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 9.39 malam dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi. 

"Setiba di lokasi Komander Operasi memaklumkab kebakaran melibatkan sebuah tiang penyedia telekomunikasi milik SACOFA, yang mana arus elektrik telah diputuskan oleh pihak SESCO. 

"Pihak bomba turut menghubungi pihak SACOFA," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya lagi, bomba bertindak membuat size-up berkonsep R.E.C.E.O dan menggunakan satu aliran 100 kaki satu nozel air daripada tangki jentera.  

Tambahnya, setelah api berjaya dipadam sepenuhnya dan tiada lagi punca api yang mencetuskan kebakaran semula, anggota bertolak balik ke balai. 

Operasi tamat pada 10.28 malam.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.