SFC sahkan dua ekor buaya terlepas dari Pusat Hidupan Liar Matang

KUCHING-- Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan dua ekor buaya telah terlepas dari kandang yang rosak di Pusat Hidupan Liar Matang akibat hujan serta cuaca yang tidak menentu.

Sehubungan itu, SFC menerusi kenyataan di Facebook rasminya meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya tinggal berhampiran Matang Wildlife Centre (MWC) atau Pusat Hidupan Liar Matang, khasnya penduduk di Kampung Rayu.

"Dua ekor buaya yang masing-masing berukuran 10 dan 16 kaki telah terlepas dari kandang yang rosak di MWC akibat hujan serta cuaca yang tidak menentu.

"Namun, SFC berharap supaya anda jangan panik kerana pihak kami dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan kerja-kerja pengawasan dan pencarian menyeluruh di kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan anda. 

"Jika anda mempunyai maklumat atau terlihat buaya-buaya tersebut, sila hubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching)," katanya. 

Pada masa yang sama SFC memberitahu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pihak yang menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya boleh menghubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu), atau 019- 8290994 (Miri).
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.