Remaja hilang mandi sungai ditemui mati lemas
BINTULU: Seorang remaja lelaki yang mandi-manda bersama rakannya di sebuah sungai berhampiran Kampung Rasan Tubau ditemui mati lemas pagi tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, mayat mangsa remaja lelaki itu yang dikenali sebagai Darrylsyivister Stella, 15, ditemui anggota PPDA yang melakukan selaman pada jarak 8 kaki di mana mangsa dilaporkan terjun sungai sebelum tenggelam.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
"Dengan ini operasi menyelamat mangsa di hari ke-2 ini ditamatkan pada jam 12 tengah hari tadi.
Semasa kejadian sekitar jam 5.40 petang semalam, mangsa dikatakan berada di kawasan sungai berhampiran jeti kampung untuk mandi bersama rakan-rakan.
Gambar PGO Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.