Pemandu tersepit dan alami kecederaan, lori sarat muatan sawit terbalik

MARUDI: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas lori yang sarat dengan muatan buah sawit terbabas lalu terbalik di parit tepi jalan dalam insiden yang berlaku di Bukit Nursery Halan Marudi-Miri pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota BBP Marudi bergerak ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sejurus menerima panggilan pada jam 11.16 pagi.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba medapati lori terbabit terbalik atas parit dan mendapati mangsa masih tersepit lada bahagian kerusi duduk pemandu lori berkenaan," jelasnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang berada dalam keadaan separa sedar dan mengalami kecederaan dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi diberikan rawatan susulan.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post