Mahasiswa Lawas ini nekad jual brownies online untuk kumpul duit ke Jepun.

LAWAS:Mahasiswa dari Lawas ini sanggup bersengkang mata menjual biskut brownies untuk menampung kos pembelajaran di Jepun Jun ini meskipun sedang sibuk dengan tuntutan pembelajaran secara dalam talian.

Muhammad Arif Syukri Suhaini 23, dari Kampung Pangi Lawas yang sibuk berniaga brownies secara online sejak dua minggu lalu kini terpaksa bangun seawal jam 3 pagi untuk menyiapkan tempahan pelanggannya setiap hari.

Selain ingin meringankan beban ibubapanya beliau mahu mengumpul wang sendiri untuk menyambung pengajian praktikal di Jepun nanti memandangkan kos pengajian yang terlalu tinggi apabila berada di negara matahari terbit itu nanti.

“Alhamdulillah sambutan diluar jangka,ramai pelanggan yang ‘jatuh cinta’ dengan keenakkan brownies hasil tangan saya, tak sangka saya memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit sejak dua minggu lalu.

“Bolehlah saya menampung sedikit perbelanjaan untuk ke Jepun Jun ini nanti,”katanya kepada Borneo Network hari ini.

Beliau mendedahkan kos penerbangan ke Jepun selain pembelanjaan ke sana yang amat tinggi mendorongnya untuk mencari duit poket sendiri.

Pada mulanya katanya dia hanya suka-suka untuk membuat biskut brownies selepas mempelajari dari internet,namun mendapat maklumbalas yang positif dari rakan-rakan yang merasai keenakkan brownies sebelum ini.

 “Dari situ saya mengambil keputusan untuk menjual brownies secara online sehingga hari ini.

“Bagaimanapun saya tidak lupa untuk belajar dan mengurus masa mengikut konsep kerja pomodoro,dengan mengamalkan sistem 25 minit fokus untuk menyelesaikan segala urusan pembelajaran online dan lima minit rehat.

“Walaupun letih tapi efektif,”kata anak sulung dari tiga beradik ini.

Muhammad Arif Syukri merupakan pelajar internship dari Pengurusan Halal, UITM Shah Alam dan akan menyambung pembelajaran secara praktikal di Pusat Da’wah, Osaka, Jepun Jun nanti.

Beliau bersekolah rendah di SK agama Lawas, meneruskan persekolahan menengah di SMK Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan, dan mendapatkan diplomanya di UiTM Sarawak Kampus Samarahan sebelum menyambung pengajian ijazahnya di UiTM Shah Alam dan menjalani praktikal di Jepun secara online pada masa ini.

Anak kepada jururawat ini turut mempunyai dua adik iaitu Muhammad Azri Syahmi dan Nurul Aida.

Beliau bersyukur mempunyai ahli keluarga, kawan-kawan dan guru yang sentiasa membantu serta menyokong minat nya terutamanya dalam bidang bakeri ini.
Next Post Previous Post