KPDN Sarawak rampas 5,800 liter diesel bersubsidi disyaki diseleweng

Seleweng minyak subsidi, Minyak subsidi Sarawak, seleweng minyak Sarawak.
KUCHING— Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan nilai keseluruhan RM48,930 di sekitar bandar Kuching, semalam.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, kegiatan itu berjaya dilumpuhkan melalui serbuan semasa operasi Ops Tiris sepasukan anggota KPDN Sarawak bersama Pasukan Polis Gerakan Am (PGA).

“Hasil serbuan berjaya merampas 5,800 liter minyak diesel bersubsidi, sebuah lori, beberapa tangki kosong serta peralatan lain yang dianggarkan bernilai RM48,930.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 20(1), Akta kawalan Bekalan 1961, iaitu menyimpan barang kawalan di tempat tidak dilesenkan oleh pengawal bekalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala hukuman ke atas syarikat adalah denda tidak melebihi RM2 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, Matthew berkata KPDN merekodkan 10 kes membabitkan rampasan 30,044 liter diesel subsidi dengan nilai sitaan RM323,972 sepanjang tempoh Ops Tiris sejak 1 Mac hingga semalam.

“Ini merupakan kejayaan di bawah Ops Tiris bagi pelanggaran di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 di negeri Sarawak.

“Sebanyak 177 pemeriksaan ke atas stesen minyak dan pemborong minyak diesel di seluruh Sarawak,” katanya.

Ops Tiris itu melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerak Am (PGA), Pasukan Polis
Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Matthew berkata, pelaksanaan Ops Tiris Sarawak bagi memastikan tidak berlaku ketirisan ke atas minyak diesel bersubsidi dan dinikmati oleh pengguna yang layak.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my
iii. Call Centre 1-800-886-800
iv. E-mel (e-aduan@kpdn.gov.my)
v. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
vi. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245

Gambar KPDN Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.