GPS berdiri teguh bersama Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR-- Gabungan Parti Sarawak beri jaminan untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan demi kepentingan untuk kestabilan politik negara.

Pendirian itu ditegaskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dikongsikan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Dalam hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi berkata, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS dalam mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam tadi berkata, kestabilan
ini akan memberi manfaat ekonomi yang besar pada rakyat. 

Tambah Asyraf dalam hantaran itu, Abang Johari menegaskan apa yang penting Sarawak perlu diperkuatkan.



"Jika Sarawak kuat, Persekutuan dengan sendirinya akan kuat."

"GPS juga mengucapkan tahniah kepada UMNO yang makin kukuh selepas pemilihan parti yang juga merupakan faktor penting kestabilan kerajaan," kata Abang Johari menurut hantaran itu.

Asyraf Wajdi turut berkongai gambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Abang Johari; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Terdahulu, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS menghaduri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia malam tadi yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Presiden-Presiden dan Ahli Majlis Pimpinan yang mewakili 5 gabungan iaitu PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN, yang terdiri daripada 20 parti-parti politik membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Mesyuarat yang bermula pukul 8.35 malam selesai pada pukul 10.35 malam bertempat di Pejabat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Tingkat 36 WTC Kuala Lumpur.

Gambar Kredit Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Next Post Previous Post